Polis iktiraf warga Perancis selamatkan belia tertekan di jambatan Sky Walk Sentosa, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Polis iktiraf warga Perancis selamatkan belia tertekan di jambatan Sky Walk Sentosa

Dec 12, 2018 | 05:30 AM

ENCIK Henry Antoine Nicolas Sebastien dan isteri membawa teman dari luar negara meneroka Singapura apabila mereka berdepan dengan situasi hidup dan mati.

Pada 4 November lalu, mereka berjalan di jambatan sepanjang 181 meter dan berada pada ketinggian 11 tingkat, di Sky Walk Sentosa.

Mereka menuju ke tarikan pelancong terkemuka Fort Siloso itu apabila salah seorang daripada mereka ternampak remaja lelaki yang bertenggek di tepi jambatan.

Encik Sebastien, 34 tahun, penolong pengarah permainan di syarikat perisian Ubisoft, pada mulanya berfikir remaja tersebut bermain atau cuba melakukan aksi nekad.

Namun, beliau memerhatikan belia tersebut kelihatan seperti berada dalam keadaan tertekan. Daripada situ, Encik Sebastien sedar lelaki itu mahu bunuh diri. Beliau mendekatinya perlahan-lahan dan bertanya khabar.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Dia kelihatan begitu tegang," kata Encik Sebastien, warga Perancis yang sudah menetap di Singapura selama empat setengah tahun.

"Memang jelas dia sedang berfikir mahu terjun dan sudah tentu saya tidak akan berdiam diri dan membenarkannya melakukan demikian," ujarnya.

Encik Henry berada di samping remaja itu dan berbual dengannya lebih 15 minit untuk mengundur dari tebing tersebut, lapor akhbar The Straits Times.

Atas bantuannya, beliau menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam di Divisyen Polis Clementi Jumaat lalu.

Sewaktu kejadian itu, isteri dan temannya juga bertindak menelefon polis dan memanggil renjer Sentosa bagi meminta bantuan.

"Dia tidak mahu mendengar dan hanya menjawab soalan dengan 'ya' atau 'tidak'. Memang pada masa itu sepertinya dia sudah membuat keputusan, hanya tinggal memberanikan diri ingin terjun," ujar Encik Sebastien.

Sedang mereka menunggu bantuan, anak muda tersebut tiba-tiba mengambil langkah ke depan.

Tanpa berfikir dua kali, Encik Sebastien mendakap pinggang belia itu dan menggunakan sepenuh tenaga untuk menariknya melepasi pagar dengan bantuan teman lain.

Beliau terus merangkul anak muda tersebut yang tertekan dan menangis hingga polis tiba di tempat kejadian.

"Saya rasa gembira dan sangat rendah hati. Saya hanya berada di situ, di tempat dan masa yang tepat," ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map