Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis JB berkas suspek

Jun 15, 2016 | 05:30 AM



IBU Pejabat Polis Daerah Johor Bahru (Selatan), Polis Diraja Malaysia, telah menahan pemandu yang dipercayai terlibat dalam nahas langgar lari yang mengakibatkan penunggang motosikal setempat, Allahyarham Zulkefli Haji Yusop, terkorban.



Pemandu kereta Proton Waja berwarna oren itu dipercayai terlibat dalam nahas itu di jalan susur keluar ke Pandan, Johor Bahru (JB), lebih seminggu lalu.



Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah Johor Bahru (Selatan), Timbalan Superintenden Polis (DSP) Wan Zulfikri Wan Othman, suspek ditahan di rumahnya di Kota Tinggi sekitar 1 pagi Sabtu lalu menyusuli maklumat orang awam.



"Hasil hebahan di media, ada orang awam ternampak kereta itu dekat satu bengkel di Kota Tinggi dan menghubungi pegawai penyiasat kami. Apabila disemak nombor pendaftaran, kami peroleh alamat rumahnya. Pada malam itu kereta ronda polis ke rumah di Kota Tinggi itu," ujar DSP Wan Zulfikri ketika dihubungi.



Menurut beliau, pihak yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari itu adalah lelaki India berusia 32 tahun.



Dalam kejadian yang berlaku pada 7.35 pagi 5 Jun lalu, Allahyarham Zulkefli, 48 tahun, sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Taman Pulai untuk memberi ibunya wang bulanan sebelum bermulanya Ramadan, apabila terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.



Beliau, yang bertugas sebagai pemandu, dikatakan menjadi mangsa langgar lari kenderaan Proton Waja berwarna oren sebelum diseret dari satu tiang lampu ke satu tiang lampu lain oleh kenderaan Perodua Myvi yang tidak sempat mengelak. Allahyarham diseret lebih kurang 40 meter.



Suspek kini ditahan reman bagi siasatan.



Balu Allahyarham, Cik Rohaya Zainal Abidin, 44 tahun, ibu empat anak berusia antara tujuh dengan 16 tahun, bersyukur dengan penangkapan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab mendapat hukuman setimpal.



Juruwang sambilan itu turut berasa terharu dengan keprihatinan masyarakat yang bersimpati dengan nasib keluarganya dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur selain bantuan kewangan bagi menyambut Lebaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >