Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis Johor buru suspek warga Singapura dalang skim jual kereta klon

Apr 07, 2016 | 11:47 AM



JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mencari seorang warga Singapura yang dikatakan menjadi dalang sindiket pengklonan kereta yang menjual kenderaan mewah pada harga serendah RM3,000 ($1,000) sebuah di Taman Perling.



Pendedahan pada Rabu (6 Apr) itu datang selepas polis menahan dua suspek, seorang daripadanya warga Singapura, berikutan maklumat awam yang membawa kepada rampasan enam kenderaan bernilai RM800,000 pada Rabu.



"Siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek warga Singapura. Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan akan ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Taib Ahmad.



"Kami sedang memburu empat suspek lain, termasuk dalangnya, dipercayai seorang warga Singapura," ujarnya.



ACP Mohd Taib berkata kenderaan itu dijadualkan disekerap di Singapura.



Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah membawa masuk kenderaan dari Singapura kira-kira tiga bulan sebelum Sijil Hak Memikili (COE) kereta tersebut tamat dan menjualnya kepada pembeli Malaysia.



"Antara kenderaan yang dirampas ialah Nissan Murano, BMW 523i, Toyota Previa, Honda Civic FD dan Honda Airwave.



"Ini dijual antara RM3,000 dan RM10,000 setiap satu kepada pembeli," katanya dalam sidang media pada Rabu.



Antara pelbagai barangan lain yang dirampas ialah nombor plat kenderaan Malaysia dan Singapura, sijil cukai jalan palsu, komputer dan pencetak.



Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Akta Kastam yang membawa hukuman maksimum penjara empat tahun atau denda sehingga 20 kali ganda nilai barang yang disita, atau kedua-duanya.



Menurutnya, polis merampas kira-kira 13 kereta 'klon' sejak Januari.



Pada akhir Januari, polis Johor mendakwa telah meleburkan satu sindiket pengklonan kereta yang telah beroperasi selama beberapa waktu di Malaysia dengan penangkapan seorang suri rumah warga Singapura di Taman Laguna, berhampiran Danga Bay.



Pengarah Kastam Negeri Ramli Johari berkata selepas penahanan itu bahawa suspek dipercayai terlibat dalam menjalankan sindiket yang membawa masuk kenderaan dimansuhkan dari Singapura. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >