Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden 2017

Polis keluarkan makluman trafik dan keselamatan bagi Hari Penamaan Calon

Sep 10, 2017 | 01:30 PM



Polis telah mengeluarkan maklumat trafik dan keselamatan bagi Hari Penamaan Calon, bagi mengingatkan calon dan awam berkenaan undang-undang yang berkaitan.



Pusat penamaan calon di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue akan dibuka dari 10 pagi pada Rabu ( 13 September). Pihak awam dinasihatkan supaya tiba selepas waktu itu.



Prosiding penamaan calon akan bermula dari 11 pagi.



Calon juga diingatkan supaya tiba awal, dengan hanya kenderaan yang menunjukkan ‘decal’ atau pelekat khas dibenar memasuki dan meletak kereta di perkarangan pusat penamaan calon.



Polis akan mengadakan pemeriksaan di dalam dan sekitar pusat penamaan calon, bagi mengesan barang berbahaya seperti objek tajam dan gas atau cecair yang mudah terbakar.



Penyokong pula digesa supaya tidak membawa beg, kerana setiap beg dan barang peribadi yang dibawa ke pusat penamaan calon akan diperiksa.



Kain rentang, bendera dan poster yang menyokong sebarang calon tidak dibenar ditunjukkan di pusat penamaan calon sebelum prosiding penamaan calon ditutup, dan penyokong perlu berhimpu dan beredar dari pusat itu secara teratur.



Dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tidak dibenar diterbangkan ke dalam atau di ruang udara pusat penamaan calon.



Polis juga berkata ia akan memerhati keadaan di pusat itu, dan akan mengambil tindakan jika ada sesiapa yang melanggar undang-undang atau membuat kacau.



Warga Singapura akan mendapat tahu pada Hari Penamaan Calon, jika mereka berpeluang membuang undi bagi memilih Presiden selanjutnya atau jika pilihan raya presiden ini tidak akan ditandingi.



Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) sedang memilih tiga baga calon – mantan Speaker Parlimen Halimah Yacob, dan dua peniaga Salleh Marican dan Farid Khan – dan akan memberitahu mereka jika mereka layak bertanding pada Selasa (12 September) ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >