Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI

Polis kerjasama dengan institusi kewangan kurang kerugian mangsa penipuan

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang bekerjasama dengan lebih 20 institusi kewangan untuk mengurangkan kerugian yang dialami mangsa penipuan, sedang trend jenayah itu terus meningkat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan.



"Apabila polis diberitahu (tentang kes penipuan), kebanyakan akaun bank yang disyaki terlibat dalam operasi penipuan boleh dibekukan dalam satu hari.



"Ini satu peningkatan yang besar berbanding 14 hingga 60 hari kerja yang diperlukan sebelum ini," kata Encik Tan.



Katanya lagi, beliau telah meminta bank untuk bekerjasama dengan polis bagi mengurangkan lagi masa yang diperlukan untuk membekukan akaun bank, agar kerugian kepada penipuan dapat dikurangkan lagi.



Encik Tan berkata demikian di perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Dalam ucapannya, Encik Tan turut menyentuh tentang dasar dan perundangan berkaitan industri keselamatan.



Beliau berkata MHA akan meminda Akta Industri Keselamatan Privet (PSIA) untuk memperkenalkan kesalahan baru bagi mengatasi kes penganiayaan lisan dan fizikal yang dihadapi pegawai keselamatan semasa menjalankan tugas.



Kesalahan ini juga akan membawa denda yang lebih berat berbanding kesalahan serupa terhadap orang awam.



Berhubung isu trafik pula, Encik Tan berkata pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah untuk membenarkan pemandu yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar saman secara ansuran.



Bagaimanapun, Polis Trafik sekarang sudah pun mempertimbangkan rayuan oleh individu, dan memberi lebih masa kepada individu yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar saman trafik mereka.



Dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, MHA juga akan meningkatkan denda bagi pemandu yang melakukan kesalahan di laluan pejalan kaki, atau kesalahan yang membahayakan keselamatan pejalan kaki di Zon Warga Emas.



Langkah serupa akan diambil bagi Zon Sekolah bagi melindungi pelajar.



Maklumat lanjut mengenai semakan ini akan diumumkan kelak, kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >