KES penipuan menggunakan helah cinta menerusi Internet naik lebih 200 peratus antara Januari dengan Jun tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut polis, 82 kes melibatkan sekurang-kurangnya $3.1 juta dilaporkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini, berbanding 22 kes dalam tempoh sama tahun lalu.