Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Keselamatan di kawasan Marina Bay diperketat

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



BEBERAPA batang jalan raya akan ditutup dan langkah keselamatan tambahan dikuatkuasakan di kawasan Marina Bay sempena Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Khamis ini.



Polis semalam mengeluarkan nasihat perjalanan trafik dan aturan keselamatan menjelang NDP, yang akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay.



Menurutnya, terdapat penutupan jalan raya di bahagian tertentu Temasek Avenue, Raffles Avenue, Republic Boulevard, Bayfront Avenue, Raffles Link, Nicoll Highway, Esplanade Drive, Stamford Road, Connaught Drive, Fullerton Road dan Collyer Quay pada tempoh tertentu pada hari itu.



Kemasukan ke jalan-jalan itu hanya diberi kepada kenderaan yang mendapat izin dengan label diluluskan selain kenderaan polis dan kecemasan.



Orang ramai yang ingin ke kawasan itu sangat dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam.



Pemandu juga diingatkan mengenai kelewatan yang dijangkakan di Raffles Boulevard, Raffles Avenue, Republic Avenue, Bras Basah Road, North Bridge Road, Parliament Place, Coleman Street, Stamford Road, Nicoll Highway, Esplanade Drive dan Bayfront Avenue.



Mereka yang memandu menuju ke Suntec City dan Marina Square dari Crawford Street dan Ophir Road dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif melalui Nicoll Highway atau Beach Road.



Larangan meletak kereta di sepanjang jalan sampingan akan diperketat. Kenderaan yang didapati diletakkan secara sembarangan atau menghalang lalu lintas akan ditarik.



Pada masa sama, dengan kawasan di sekitar Marina Bay dijangka sesak, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menjaga barang-barang mereka.



Penonton NDP dinasihatkan supaya datang lebih awal untuk menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum perbarisan bermula.



Mereka juga tidak digalakkan membawa banyak barangan peribadi bagi melancarkan pemeriksaan keselamatan.



Hanya pemegang tiket akan dibenarkan masuk ke Pentas Terapung Marina Bay. Pintu akan dibuka pada 4 petang.



Sebarang bekas (dengan kapasiti 100ml atau lebih) yang mengandungi cecair, aerosol atau gel perlu melalui pemeriksaan tambahan. Minuman dan barangan dalam tin juga tidak boleh dibawa masuk.



NDP tahun ini diisytiharkan sebagai acara khas keselamatan yang dipertingkatkan di bawah Akta Peraturan Awam oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >