Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis Melaka tumpas sindiket penyeludupan bayi, selamatkan tiga bayi, kanak-kanak lima tahun

Dec 20, 2021 | 04:09 PM



MELAKA: Polis Malaysia telah menumpaskan sindiket penyeludupan bayi dengan 16 orang ditangkap dan tiga bayi serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan.


Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, anggota sindiket yang ditahan itu berumur antara 25 dengan 58 tahun. Mereka telah ditangkap dalam beberapa siri serbuan baru-baru ini.


Datuk Abdul Majid berkata sindiket itu digelar "Geng Nana" sempena nama dalang wanita berusia 33 tahun itu dan berkata terdapat lima warga tempatan dalam operasinya.


Beliau berkata sindiket itu menggunakan wadah media sosial untuk mengenal pasti wanita hamil yang belum berkahwin dan menawarkan perkhidmatan perbidanan serta bayaran.


"Kami juga telah melancarkan usaha mencari seorang bidan berusia 27 tahun yang masih berada di luar. Bidan itu dibayar RM1,000 ($322) bagi setiap kali bersalin," katanya.


Datuk Abdul Majid berkata kanak-kanak itu kebanyakannya dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak pada harga RM12,000.


Mengenai serbuan itu, beliau berkata, dua bayi lelaki, seorang bayi perempuan berusia antara dua dengan tujuh bulan dan seorang kana-kanak perempuan berusia lima tahun berjaya diselamatkan.

Tambahnya, polis turut merampas empat kenderaan, lapan telefon bimbit dan pasport antarabangsa.


Datuk Abdul Majid berkata modus operandi sindiket itu terbongkar apabila sepasang suami isteri membuat laporan polis selepas gagal mendapatkan sebarang dokumen daripada sindiket itu setelah mereka mengambil bayi melaluinya.


Beliau berkata sindiket itu telah menjual tiga bayi dan polis sedang mengesan individu yang berurusan dengan mereka, sambil menambah bahawa semua suspek ditahan reman hingga 27 Disember untuk membantu siasatan polis. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >