POLIS sedang memohon agar waris ataupun keluarga warga emas berusia 71 tahun, Encik Ibrahim Hussain, tampil menyusuli kematiannya.
Encik Ibrahim, bekas penduduk di Blok 105 Jalan Bukit Merah, meninggal dunia pada 9 Mac 2022.
Sesiapa yang mempunyai keterangan mengenai keluarganya diminta menghubungi talian hotline polis pada nombor 1800-255-0000 atau mengirimkan maklumat menerusi dalam talian laman www.police.gov.sg/iwitness. Semua keterangan akan dirahsiakan.