Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis nasihati orang ramai waspada penipuan libat Singpass

Mar 18, 2022 | 03:51 PM



POLIS menasihati orang ramai agar berhati-hati terhadap penipuan pancingan data (phishing) di mana penipu akan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa yang mengandungi pautan ke laman palsu Singpass.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (18 Mac), polis berkata, kes-kes ini melibatkan SMS yang dihantar oleh nombor tidak dikenali seperti “73333”.



SMS tersebut mengatakan bahawa akaun Singpass mangsa telah luput dan mereka perlu mengakses pautan yang diberikan untuk mengaktifkan semula akaun mereka.



Pautan pancingan data itu membawa mangsa ke laman web palsu yang meminta pengguna Singpass memasukkan ID log masuk, kata laluan dan butiran pengesahan dua faktor (2FA) mereka.



Laman web palsu itu kelihatan seperti laman log masuk Singpass yang asli tetapi tidak mempunyai URL yang sah dengan beberapa gambar yang pecah-pecah di lama itu, kata polis.



“Pengguna Singpass telah melaporkan SMS yang mencurigakan dan laman web palsu itu, dan laman web palsu tersebut telah disekat,” tambah kenyataan itu.



Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mengklik pautan yang tidak dapat dipastikan sebelum memasukkan ID Singpass dan kata laluan mereka.



Laman web asli Singpass ialah singpass.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >