Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis nasihati waspada iklan bank palsu tawar promosi telefon bijak

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



POLIS semalam memberi amaran kepada orang ramai mengenai satu penipuan phishing melibatkan iklan bank palsu dengan promosi telefon bijak.



Phishing ialah tindakan siber yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau institusi sah bagi cuba memperdayakan individu agar mengongsi maklumat peribadi, seperti butir-butir perbankan, kad kredit dan kata laluan.



Dalam skim penipuan berkenaan, mangsa akan mendapati iklan palsu di Facebook, Instagram atau Carousell yang mendakwa bahawa bank itu sekarang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menawarkan promosi telefon bijak menarik.



Selepas mangsa klik pautan di iklan palsu itu, mereka akan dibawa ke laman bank palsu di mana mereka diminta memberi maklumat log masuk serta kata laluan sekali guna (OTP).



Mangsa akan menyedari mereka telah ditipu hanya apabila mereka mendapati ada urus niaga di akaun mereka yang tidak dilakukan mereka.



Penipu juga dapat mengubah suai laman tersebut untuk menyasarkan pelanggan daripada bank berlainan dan wadah e-dagang.



Orang ramai dinasihatkan agar mengamalkan langkah pencegahan jenayah di bawah:



a) Berhati-hati mengenai pautan yang disediakan dalam iklan dan mesej, terutama tawaran yang kelihatan terlalu hebat untuk dipercayai



b) Sentiasa dapatkan kesahihan maklumat laman atau sumber



c) Jangan mengongsi maklumat perbankan atau OTP kepada sesiapa



d) Laporkan sebarang transaksi melibatkan penipuan pada bank akaun atau kad kredit/debit anda dan batalkan kad anda dengan segera.



Bagi maklumat lebih lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh ke laman www.scamalert.sg atau telefon talian Anti-Scam 1800-722-6688.



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan sedemikian boleh menghubungi talian polis 1800-255-0000 atau menghantar maklumat dalam talian ke www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >