Polis, OCBC bekerjasama peroleh data bagi kesan jenayah
Jul 12, 2019 | 05:30 AM
AGENSI penguatkuasaan undang-undang setempat, tidak lama lagi, boleh mendapatkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan dari OCBC dengan lebih pantas.
Proses mendapatkan maklumat perbankan - yang dahulunya perlu dilakukan secara manual - akan dijadikan automatik tidak lama lagi, mengurangkan masa yang diperlukan untuk mengesan jenayah.