Polis: Pekerja syarikat penghantaran jadi sasaran penipuan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Polis: Pekerja syarikat penghantaran jadi sasaran penipuan

Apr 14, 2021 | 05:30 AM

POLIS telah menemui satu penipuan baru di mana pekerja penghantaran daripada syarikat penghantaran makanan dan barangan menjadi sasaran.

Di bawah penipuan ini, mangsa pada mulanya menerima pesanan bayar waktu terima (COD) melalui aplikasi penghantaran syarikat mereka, kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Atas helah ingin membuat bayaran bagi penghantaran itu, penipu itu akan kemudian bertanyakan nombor telefon mangsa menerusi aplikasi itu, dengan menyatakan bahawa ia adalah bagi tujuan memindahkan dana kepada mangsa melalui cara pembayaran PayLah!

Mangsa kemudian akan menerima Kata Laluan Sekali (OTP) dan digesa memasuki akaun PayLah! dan menekan nombor OTP bagi menerima bayaran penghantaran.

Tidak lama kemudian, mangsa akan menerima notifikasi bahawa akaun PayLah! telah dihubungkan dengan akaun Google Pay.

Discover Malay Home Based Businesses

Sebaik tiba di lokasi penghantaran, mangsa tidak akan menemui sesiapa untuk menerima barangan yang ditempah.

Tidak lama kemudian, urus niaga yang tidak diketahui akan dilakukan ke atas akaun bank mangsa.

Polis menasihati orang awam agar sentiasa mengesahkan urus niaga sebelum menekan OTP.

Mereka turut menasihati orang ramai untuk memberitahu bank dengan serta-merta sekiranya akaun PayLah! mereka dihubungkan kepada akaun lain tanpa pengesahan mereka dan melaporkan urus niaga palsu kepada bank secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, polis berkata terdapat peningkatan dalam penipuan pancingan data (phising) melibatkan e-mel dan mesej teks palsu berkaitan dengan penghantaran barangan.

Mangsa penipuan pancingan data sedemikian akan menerima e-mel atau mesej teks palsu yang kononnya dihantar oleh syarikat penghantaran seperti SingPost atau DHL.

E-mel dan mesej teks palsu ini selalunya akan menyuruh mangsa memeriksa status penghantaran barangan dengan menekan pautan URL yang didapati dalam e-mel dan mesej teks.

Sebaik menekan pautan URL, mangsa akan diarahkan ke laman web palsu di mana mereka diperlukan memberi butiran kad kredit atau debit dan OTP.

Ada kes lain juga di mana mangsa akan menerima notifikasi bahawa kadi kredit atau debit telah dihubungkan dengan akaun Apple Pay.

Kebanyakan mangsa hanya sedar mereka ditipu apabila mereka dapati bahawa urus niaga tidak dibenarkan dibuat dengan menggunakan kad kredit atau debit, kata polis.

Polis menggesa orang ramai agar tidak menekan pautan URL yang dihantar e-mel atau mesej teks yang tidak diminta dan sering mengesahkan keaslian maklumat yang diterima dengan laman web atau sumber rasmi.

Pihak polis juga mengingatkan agar tidak menekan OTP di laman pembayaran jika tidak membuat sebarang urus niaga, dan tidak mendedahkan butiran perbankan peribadi dan OTP kepada sesiapa.

Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung penipuan atau dalam keraguan, mereka boleh menghubungi polis di talian hotline 1800-255-0000, atau menyerahkan maklumat dalam talian kepada laman web Pasukan Polis Singapura (SPF).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map