Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis pertahankan poster anticabul setelah dikritik Aware

Nov 17, 2019 | 06:05 PM



PASUKAN Polis Singapura telah mempertahankan penerbitan satu siri poster mencegah jenayah pencabulan setelah poster itu disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap mangsa pencabulan.



Poster yang dipamerkan di rangkaian pengangkutan awam, menggambarkan tangan seorang lelaki yang  mahu mencabul seorang wanita. Di pergelangan tangannya, terdapat tanda yang mengatakan “2 tahun penjara. Tidak berbaloi.”



Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) mengkritik poster itu menerusi kiriman Facebook pada Khamis (14 November), dan mengatakan bahawa poster itu mengutamakan hukuman dan bukan  kesan yang dilalui mangsa.



“Kenapa kami meletakkan harga kepada serangan seksual, seolah-olah ia sesuatu yang boleh dibeli dan digunakan?” kata siaran itu.



Dalam kenyataan semalam (16 November), jurucakap polis berkata Aware mungkin tersalah faham tujuan poster-poster tersebut.



“Poster itu direka untuk memberi amaran kepada bakal pesalah yang tidak mengawal dirinya,” kata jurucakap polis, menambah bahawa gambar visual yang direka adalah untuk mempengaruhi pemikiran pelaku, dengan memaklumkan hukuman yang akan mereka hadapi.



Pengerusi Majlis Pencegahan Jenayah Nasional (NCPC) Encik Gerald Singham berkata majlis itu amat peka terhadap mangsa yang terjejas, terutama sekali mangsa jenayah seksual.



“Kami tidak bertujuan untuk memperkecilkan perkara itu.



"Bagaimanapun, mesej yang berbeza dibawa melalui platform yang berbeza dan dalam hal ini, kami merasakan bahawa mesej pencegahan jenayah akan lebih berkesan jika ia menonjolkan kos peribadi kepada pelaku. Dalam pencegahan jenayah, kami mencari penyelesaian yang pragmatik dan berkesan demi memastikan masyarakat kita selamat."

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >