Polis rayu maklumat mengenai percubaan merompak menggunakan senjata di Bedok

POLIS mengeluarkan dua gambar seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam percubaan merompak menggunakan senjata di kedai pajak gadai di Bedok.

Menurut laporan The Straits Times, pada sekitar 1.50 tengahari, suspek memasuki kedai pajak gadai di Blok 213 Bedok North Street 1 dan cuba menggunakan pisau pencincang untuk memecahkan bekas kaca yang mengandungi barang kemas emas.

Namun, percubaannya itu gagal apabila pisau pencincangnya itu patah. Lelaki tersebut lalu melarikan diri.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut atau kejadian itu boleh menghubungi polis di 1800-255-0000 atau mengirimkan maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, menurut pihak polis.

Galeri Foto