Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis, SCDF dikerah ke bilik berita ST susuli penerimaan surat mencurigakan

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



POLIS dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di bilik berita The Straits Times (ST) semalam selepas sepucuk surat mencurigakan dihantar ke pejabat itu.



Tiga kakitangan ST mendakwa mula pening sejurus setelah menyentuh surat dari luar negara itu, lapor akhbar tersebut.



Pegawai keselamatan di News Centre di Toa Payoh, di mana terletaknya bilik berita ST, melaporkan perkara kepada polis yang kemudian memaklumkan SCDF.



SCDF dalam pos Facebook semalam berkata pihaknya dimaklumkan tentang sampul surat mencurigakan di pejabat di 1000 Toa Payoh North.



Setibanya di tempat kejadian, pegawai SCDF mengepung kawasan dan memasukkan sampul surat ke dalam bekas yang dikedap.



Beberapa ujian dilakukan pada sampul surat oleh pegawai Bahan Berbahaya (Hazmat) SCDF dan tiada bahan berbahaya dikesan.



"Pejabat di mana sampul surat dibuka dan kawasan berhampiran dinyahkan daripada sebarang kontaminasi sebagai langkah berjaga-jaga," kata SCDF.



"Tiga kakitangan yang membuka sampul surat diperiksa paramedik SCDF dan didapati dalam keadaan baik," tambahnya.



Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka diarah mandi dan menukar pakaian.



Sampul surat dan kandungannya diserahkan kepada polis.



Jurucakap polis berkata kes itu disifatkan sebagai sengaja menimbulkan rasa cemas dan mereka sedang menyiasat.



Editor ST yang juga ketua editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil (EMTM) Singapore Press Holdings, Encik Warren Fernandez, berkata pakej mencurigakan itu dihantar ke bilik berita semalam.



Ia ditujukan kepada "The Straights Times" dan kelihatan dari United Kingdom.



Ia mengandungi beberapa halaman kandungan yang tidak difahami.



"Kesemua tiga (pekerja) wanita itu telah pulih dan semua kakitangan ST dalam keadaan baik," kata Encik Fernandez.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >