Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis selidik kes surat palsu yang dihantar kepada orang awam kononnya oleh salah seorang pegawai mereka

Dec 05, 2018 | 02:10 PM



POLIS sedang menyiasat beberapa laporan baru-baru ini tentang surat palsu yang dihantar kepada orang awam, kononnya daripada salah seorang pegawai mereka.



Dalam satu kenyataan hari ini (5 Dis), polis berkata mereka sedang menyiasat kes-kes orang ramai menerima surat yang meminta mereka melaporkan diri ke sebuah stesen polis pada tarikh tertentu.



Mangsa diberitahu yang mereka perlu membantu dalam siasatan bagi satu kesalahan.



Surat itu ditandatangani seorang pegawai daripada sebuah divisyen polis namun nama pegawai itu didapati oleh polis sebagai rekaan.



Polis juga menjelaskan surat itu tidak dikeluarkan oleh mereka.



Orang awam yang tidak pasti tentang kesahihan surat yang mereka terima dinasihatkan mengesahkannya dengan menghubungi divisyen polis masing-masing, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >