Polis serbu kedai di Sim Lim Square, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Polis serbu kedai di Sim Lim Square

Dec 04, 2014 | 04:39 PM

POLIS telah melakukan serbuan terhadap sekurang-kurangnya dua kedai telefon bimbit di Sim Lim Square hari ini, Khamis.

Para pegawai polis berpakaian preman melancarkan serbuan itu sekitar 12.30 petang, dan operasi berkenaan dikatakan masih dijalankan.

Kedai pertama yang diserbu terletak di tingkat pertama pusat membeli-belah elektronik itu, yang diketahui umum mempunyai peruncit-peruncit yang menyalahi undang-undang, kata laporan The Straits Times.

Kedai berkenaan didaftarkan sebagai Mobile Apps tetapi mempunyai papan tanda dengan nama De.Mac Gadget Pte Ltd.

Menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case), terdapat sembilan aduan dilaporkan terhadap Moble Apps antara tempoh Julai dengan September.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Penutup kedai tersebut ditutup semasa pemeriksaan dijalankan, walaupun para pegawai menemani dua lelaki keluar masuk kedai tersebut.

Sekitar 2.30 petang, para pegawai itu membawa keluar kotak-kotak kadbod dari kedai itu.

Kira-kira 20 minit kemudian, dua pembantu kedai yang masing-masing memakai baju berwarna oren dan ungu keluar melarikan diri dengan menutup muka mereka.

Seorang lelaki yang kelihatan berusia 50-an tahun kemudian meninggalkan kedai itu sekitar 3 petang.

Ketika dihampiri, beliau berkata beliau merupakan penyewa kecil kedai berkenaan dan menjual kamera dan bukannya telefon bimbit.

Para pegawai polis kemudian meneruskan sebuan mereka terhadap sebuah lagi kedai di tingkat dua pusat tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map