Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis SG, M'sia tumpaskan 2 sindiket penipuan cinta

May 01, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu usaha kerjasama pertama tahun ini antara Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan Polis Di-Raja Malaysia, dua sindiket penipuan cinta rentas negara telah berjaya dipatahkan.



Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, SPF berkata operasi bersama itu berlaku selepas dua wanita - kedua-duanya 46 tahun - telah membuat laporan bahawa mereka merupakan mangsa penipuan cinta dalam talian.



Masing-masing telah kehilangan $15,000 dan $20,000.



Wanita pertama telah bertemu seorang lelaki menerusi satu aplikasi cari pasangan pada Mac tahun lalu dan mereka telah menjalin hubungan.



Lelaki itu mendakwa dia seorang warga Amerika Syarikat yang bekerja di Singapura sebagai jurutera petrol. Dia juga mendakwa memerlukan wang untuk membayar yuran peralatan dan pelepasan kastam, dengan menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan.



Wanita itu kemudian memindahkan $15,000 kepada bank akaun yang diberikan, tetapi apabila lelaki itu kerap meminta duit, wanita itu mula sedar bahawa ia satu penipuan



Perkara serupa juga berlaku ke atas wanita kedua yang berjumpa seorang lelaki menerusi satu aplikasi mencari pasangan pada Februari tahun ini. Lelaki itu mendakwa dirinya seorang ahli geologi dan akan bertemu wanita itu di Singapura.



Jabatan Ehwal Komersial (CAD) SPF kemudian bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) untuk menjejaki penjenayah-penjenayah tersebut.



Mereka mendapat tahu bahawa penipuan berpunca daripada dua sindiket rentas negara berpangkalan di Malaysia.



Pada 22 dan 23 April, sepasukan enam anggota daripada Pusat Anti-Penipuan (ASC) Singapura dan CCID telah menyerbu dua apartmen di Selangor dan Kuala Lumpur.



Mereka menangkap enam lelaki Afrika berusia antara 28 dengan 40 tahun serta merampas komputer riba, telefon bimbit dan kad kredit.



Kedua-dua sindiket itu dipercayai bertanggungjawab bagi sekurang-kurangnya 10 kes di Singapura melibatkan lebih daripada $310,000.



Terdapat 1,099 kes penipuan cinta dalam talian yang dilaporkan pada 2021.



Pengarah CAD, Encik David Chew, mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pesuruhjaya CCID, Encik Mohd Kamarudin Md Din, dan pasukannya atas sokongan kukuh mereka.



"Golongan sindiket ini sering menggunakan akaun bank Singapura untuk melaburkan hasil wang haram mereka.



"Kami akan mengenakan tindakan tegas terhadap sindiket dengan menjalankan siasatan dengan serta-merta agar mereka tidak dapat memperolehi hasil jenayah mereka," katanya.



Orang ramai juga dinasihati agar lebih berjaga-jaga apabila mengenali orang yang tidak dikenali dalam talian dan mengirimkn wang kepada akaun bank individu yang tidak dikenali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >