Polis siasat 22 suspek berkaitan 45 kes penipuan dan jenayah komersial, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Polis siasat 22 suspek berkaitan 45 kes penipuan dan jenayah komersial

Dec 15, 2018 | 04:16 PM

POLIS telah memberkas 22 orang - 12 lelaki dan 10 wanita, berusia antara 17 dengan 68 tahun - atas kesalahan berkaitan jenayah komersial dan e-dagang melibatkan lebih $200,000. 

Suspek, yang diberkas dalam operasi empat hari dari 10 hingga 13 Disember lalu, dipercayai terlibat dalam 45 kes di mana mangsa kehilangan sejumlah $214,308.

Menurut satu kenyataan hari ini (15 Dis), polis berkata 15 suspek dipercayai membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh penjenayah bagi memudahkan penipuan.

Ini termasuk penipuan pembelian dalam talian yang mengiklankan penjualan tiket konsert dan produk elektronik di wadah dalam talian seperti Carousell.

Baki tujuh suspek sedang disiasat bagi kesalahan pemalsuan dengan tujuan menipu. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map