Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 3 kerana curi pelitup dari mesin layan diri Yayasan Temasek

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat dua lelaki dan seorang wanita, berusia antara 31 dengan 42 tahun yang disyaki terlibat dalam tiga kes penipuan menggunakan maklumat peribadi yang diperoleh secara haram untuk mengambil pelitup dari mesin layan diri yang disediakan oleh Yayasan Temasek.



Dalam kes pertama, polis telah menerima laporan pada 4 Mac 2021, di mana mangsa telah mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengambil pelitup dari mesin layan diri di Woodlands Drive 14.



Namun, pemeriksaan dengan Yayasan Temasek menunjukkan bahawa pelitup itu telah diambil.



Selepas menyiasat, termasuk dengan menggunakan rakaman dari kamera polis dan kamera litar tertutup di kawasan mesin layan diri itu, pegawai dari Divisyen Polis Woodlands berjaya mengenal pasti lelaki berusia 41 tahun dan menangkapnya pada 6 April 2021.



Lelaki itu juga didapati menggunakan maklumat peribadi secara haram untuk mengumpulkan tujuh pelitup dari mesin layan diri yang terletak di sepanjang Teck Whye Avenue.



Pada hari yang sama, polis telah menerima laporan bahawa seorang mangsa tidak dapat mengambil pelitup dari mesin layan diri di sepanjang Yishun Avenue 6 kerana ia telah diambil oleh orang lain.



Namun, Divisyen Polis Woodlands menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 42 tahun telah mengumpulkan tujuh pelitup dari mesin layan diri yang terletak di sepanjang Sembawang Drive.



Lelaki tersebut telah ditangkap pada 5 April 2021.



Dalam satu lagi kes, Polis menerima laporan pada 12 Mac 2021, yang memaklumkan bahawa mangsa tidak dapat mengambil pelitup dari mesin layan diri di sepanjang Ang Mo Kio St 61.



Selepas menyiasat dan mendapatkan gambar dan rakaman video dari kamera polis dan CCTV pada mesin layan diri, pegawai dari Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti identiti wanita berusia 31 tahun dan menangkapnya pada 7 April 2021.



Wanita itu telah mengambil lima pelitup dengan menggunakan maklumat peribadi orang lain di sepanjang Pipit Road.



Dalam satu kenyataannya polis berkata ia sedang menyiasat kes-kes itu.



Jika sabit kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah, seorang pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Bagi kesalahan menyimpan maklumat peribadi yang diperoleh secara haram pula, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda $10,000 atau kededuanya sekali, di bawah Seksyen 416A Kanun Jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >