Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 311 orang di S'pura kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dengan mangsa hilang lebih $8.2 juta

Jun 19, 2021 | 01:58 PM



SERAMAI 219 lelaki dan 92 wanita berusia antara 16 dengan 84 tahun kini membantu dalam siasatan polis kerana disyaki  terlibat dalam kes penipuan sebagai penipu atau keldai wang.



Mereka yang terlibat dalam 866 kes penipuan ditangkap pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh Divisyen Polis Darat dalam operasi selama dua minggu antara 5 dengan 18 Jun 2021, jelas satu kenyataan polis pada Sabtu (19 Jun).



Menurut kenyataan itu lagi, individu yang disyaki ini dipercayai terlibat dalam kes penipuan yang khususnya melibatkan penyamaran e-mel perniagaan, penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penyamaran pegawai pemerintah, penyamaran pihak berkuasa China, penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan, penipuan platform perjudian palsu dan penipuan pinjaman wang di mana mangsa kehilangan lebih $8.2 juta.



Suspek disiasat kini atas kesalahan menipu, mengubah wang haram atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen. Kesalahan menipu sebegini membawa pada penjara hingga 10 tahun dan denda.



Kesalahan mengubah wang haram di bawah Akta Rasuah, Mengedar Dadah dan Jenayah Serius Lain (Perampasan Manfaat) pula membawa pada penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi $500,000 atau kedua-duanya sekali.



Kesalahan menjalankan perniagaan yang menyediakan apa jua khidmat bayaran di Singapura tanpa lesen membawa pada denda tidak melebihi $125,000, penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Menurut kenyataan itu lagi, polis mengambil serius tindakan sesiapa yang terlibat dalam penipuan dengan si pelaku akan ditangani mengikut undang-undang.



Bagi mengelakkan daripada bersubahat dengan jenayah sebegini, orang awam harus menolak permintaan sesiapa yang ingin menggunakan akaun bank atau talian telefon mereka kerana mereka boleh dianggap bertanggungjawab jika semua ini berkaitan dengan jenayah.



Orang awam boleh melungsuri laman www.scamalert.sg atau hubungi talian hotline Antipenipuan di 1800-722-6688.



Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang penipuan sebegini boleh hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengirim maklumat dalam talian menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness.



Semua maklumat yang dikongsi akan dirahsiakan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >