Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 313 suspek dalam kes penipuan dan pinjaman wang tidak berlesen

Aug 16, 2020 | 02:30 PM



POLIS sedang menyiasat seramai 313 suspek yang disyaki terlibat dalam penipuan, pengubahan wang haram dan  pinjaman wang tidak berlesen.



Suspek itu, berusia antara 16 dan 76 tahun, ditangkap dalam operasi penguatkuasaan selama sembilan hari dari 3 Ogos hingga 14 Ogos lalu.



Pegawai daripada Divisyen Polis Bedok sedang menyiasat sejumlah 220 wanita dan 93 wanita bagi kesalahan yang disyaki itu, kata polis dalam satu kenyataan kelmarin.



Dalam operasi itu, lima lelaki dan empat wanita, berusia antara 16 tahun dan 56 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah jenayah.



Selain itu, seramai 49 lelaki dan 29 wanita, berusia antara 19 tahun dan 72 tahun, pula ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan e-dagang dan kegiatan pengubahan wang haram melibatkan urus niaga lebih $1.24 juta.



Sejumlah 166 lelaki dan 60 wanita, berusia antara 16 hingga 76 tahun, disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan pinjaman dan kegiatan pemiutang haram, melibatkan urus niaga lebih $296,000.



Daripada jumlah ini, seramai 34 lelaki dan 8 wanita diberkas bagi kesalahan di bawah Akta Pemiutang Wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >