Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 99 orang dalam kes penipuan, pengubahan wang haram

Feb 29, 2020 | 03:21 PM



Sejumlah 99 orang, yang berusia di antara 15 tahun dengan 71 tahun, sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam 565 kes penipuan. 



Dalam satu kenyataan polis hari ini (29 Februari), polis berkata penipuan itu sebahagian besar terdiri daripada penipuan pembelian dalam talian yang menyebabkan mangsa kehilangan lebih $416,150.



Ini menyusuli satu operasi penguatkuasaaan selama dua minggu, dari 17 Febuari hingga 28 Februari oleh pegawai Jabatan Ehwal Komersial dan tujuh divisyen polis.



Para suspek itu disiasat kerana menipu atau mengubah wang haram. 



Jika didakwa atas tuduhan menipu, mereka boleh dikenakan penjara hingga 10 tahun dan didenda.



Jika didakwa atas tuduhan mengubah wang haram, mereka boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau didenda sehingga $500,000, atau kededuanya sekali. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >