Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat beberapa orang kerana jalankan acara di jalan raya tanpa permit

May 02, 2022 | 05:21 PM



POLIS sedang menyiasat beberapa kes berasingan berkaitan individu dan kumpulan yang menganjurkan beberapa perhimpunan  kenderaan bergerak secara konvoi di lokasi, tarikh dan masa berlainan.

Menurut satu kenyataan polis pada Isnin (2 Mei), pada 27 April lalu, satu video menunjukkan  satu konvoi kenderaan terdiri daripada kepala lori (prime mover), bas mini, trak dan kenderaan lain, bergerak di sepanjang  Changi Road menuju ke Geylang Road, telah disebarkan dalam talian.

Kejadian berlaku pada 24 April dan diadakan tanpa permit polis.

Polis telah mengenal pasti tiga lelaki berusia antara 22 dengan  26 tahun sebagai penganjur. Mereka disiasat kerana menjalankan acara di jalan raya atau sebahagian daripadanya tanpa permit.





Pada 30 April, satu  video menunjukkan sekumpulan kereta berkumpul di tempat letak kereta terbuka di luar Decathlon Kallang pada 29 April, telah ditularkan dalam talian.

Polis telah memberi respons berkaitan  kejadian itu dan sedang menyiasat perkara itu.





Pada 30 April pula, Polis Trafik (TP) telah menjalankan operasi penguatkuasaan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkaitan kesalahan trafik dan pengubahsuaian kenderaan secara haram.

Semasa operasi itu, satu konvoi motosikal dikesan bergerak di sepanjang  Changi Road menuju ke  Geylang Road.

Satu saman telah dikeluarkan oleh TP kerana penggunaan   jenis topi keledar pelindung yang tidak diluluskan.

Sebanyak 13 kesalahan berkaitan pengubahsuaian kenderaan secara haram juga telah dikesan oleh LTA, termasuk sistem lampu yang tidak betul, sistem ekzos yang diubah suai dan penggunaan skrin gelap yang tidak mematuhi peraturan.

Polis juga telah mengenal pasti dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun sebagai penganjur. Mereka akan disiasat kerana menjalankan acara di jalan raya atau sebahagian daripadanya tanpa permit.





Adalah satu kesalahan menjalankan sebarang acara di mana-mana jalan atau sebahagian daripadanya. Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda $1,000, atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa mengadakan acara di mana-mana jalan atau sebahagian daripadanya tanpa permit polis adalah dilarang dan pihaknya tidak teragak-agak  mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memilih untuk melanggar undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >