Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat bunyi kuat di beberapa tempat termasuk Orchard dan Bukit Timah

Apr 27, 2019 | 04:19 PM



BUNYI kuat dilaporkan didengar di beberapa tempat di serata Singapura, termasuk Orchard dan Bukit Timah, sekitar 11.30 pagi tadi (27 April).



Menerusi satu kenyataan di laman Facebook mereka, polis berkata mereka telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati tiada apa yang luar biasa.



Tambahnya, tiada kecederaan juga dilaporkan.



Beberapa pengguna Facebook menyifatkan bunyi itu seperti bunyi letupan dan ini diiringi dengan gegaran.



Seorang pengguna bernama Adam Warren berkata beliau mendengar bunyi itu dari rumahnya di Ang Mo Kio.



“Tingkap rumah saya pun bergegar. Saya mendengar tiga bunyi kuat dalam tempoh dua jam dari 11 pagi hingga 1 petang. Saya fikir itu bunyi guruh,” ujarnya.



Polis telah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk menghubungi talian 1800-255-0000.



Orang ramai juga boleh memberi maklumat menerusi laman web www.police.gov.sg/iwitness atau menerusi aplikasi SGSecure app.



Semua maklumat akan dirahsiakan, menurut polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >