Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat insiden lelaki buat kenyataan berbaur perkauman kepada pasangan

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat insiden yang menunjukkan seorang lelaki Cina membuat kenyataan berbaur perkauman kepada pasangan yang berlainan bangsa.



Video kejadian itu telah tular di media sosial.



Polis berkata beberapa laporan telah dibuat mengenai insiden itu, dan seorang lelaki berusia 60 tahun sedang membantu dalam siasatan polis, lapor The Straits Times.



Mengulas tentang video itu dalam satu pos Facebook kelmarin, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam berkata sementara beliau tidak mempunyai fakta sepenuhnya mengenai kejadian itu, tetapi nampaknya lebih ramai berasa mereka boleh membuat kenyataan berbaur perkauman "secara terang-terangan" dengan terbuka.



Menyifatkan insiden itu sebagai "agak tidak boleh diterima" dan "amat membimbangkan", Encik Shanmugam berkata beliau pernah percaya bahawa Singapura bergerak ke arah yang tepat dari segi toleransi perkauman dan keharmonian, namun disebabkan kejadian terkini, beliau "tidak lagi pasti".



Video konfrontasi sepanjang lima minit itu telah dikongsi oleh pengguna Facebook, Dave Parkash, 23 tahun.



Dalam video itu, seorang lelaki Cina yang dipercayai warga Singapura menuduh Encik Parkash "memburu seorang perempuan Cina".



Video itu kelihatan dirakam oleh teman wanita Encik Parkash.



Lelaki itu juga menambah bahawa 'wanita Cina' itu tidak seharusnya bersama dengan seorang lelaki India.



Dalam videonya, Encik Parkash juga menjelaskan bahawa beliau berdarah kacukan India dan Filipina sementara teman wanitanya itu kacukan Cina dan Thailand.



Dalam posnya di Facebook, Encik Parkash berkata:



"Kami berdua ada darah kacukan tetapi kami bangga menjadi warga Singapura."



Tambahnya, bahawa beliau merasa malu dan terluka dengan cara beliau dilayan oleh warga Singapura lain.



Encik Parkash berkata lelaki berkenaan telah memberitahu mereka bahawa mereka seharusnya mencari pasangan "orang daripada bangsa sendiri".



"Beliau memanggil dirinya sebagai seorang yang bersifat perkauman malah menyalahkan kami menjadi perkauman hanya kerana kami daripada bangsa berbeza," ujar beliau.



"Cinta adalah cinta. Cinta tiada bangsa, cinta tiada agama.



"Anda dan saya seharusnya boleh mencintai sesiapa sahaja yang kita ingin cintai.



"Janganlah kita jadi seperti lelaki dalam video ini," tambah Encik Parkash.



"Kepada lelaki itu yang mungkin menonton (video ini), saya berharap anda berhenti bersikap perkauman dan marilah kita semua hidup dengan harmoni," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >