Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Polis siasat 'kematian luar biasa' budak lelaki berusia 14 tahun

Jan 28, 2016 | 01:23 PM

POLIS sedang menyiasat kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun, selepas mayatnya ditemui di kaki sebuah blok HDB di Yishun pada petang Selasa (26 Jan).

Pelajar sekolah menengah itu dibawa ke Divisyen Polis Ang Mo Kio awal dari itu, kira-kira 11.30 pagi, bagi membantu siasatan berhubung satu kesalahan jenayah yang didakwa.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, pegawai polis pergi ke sekolahnya semasa pelajaran sedang berjalan.

Budak itu disoal berhubung laporan polis yang dibuat pada Isnin.

Difahamkan ia kes mencabul kehormatan. Bapa budak kitu memberitahu Shin Min bahawa anaknya baru-baru ini dituduh mencabul kehormatan seorang wanita.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Rabu, polis berkata ibu kanak-kanak itu telah dimaklumkan dan diberi maklumat terkini mengenai status siasatan di pelbagai peringkat.

Budak itu memberi kerjasama sepenuhnya pada siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin kepada jagaan ibunya pada kira-kira 2.50 petangt Selasa, kata polis.

Dia dilaporkan masuk ke biliknya setelah pulang dari balai polis.

Bagaimanapun, budak itu ditemui mati di bawah Blok 316A Yishun Avenue 9 pada 4.20 petang.

Keluarga budak itu tinggal di tingkat 14 blok tersebut.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan budak itu tidak "menunjukkan sembarang tanda dia terlalu tertekan" sepanjang pelibatan beliau selama dua jam dengan polis.

Kematiannya digolongkan sebagai kes kematian luar biasa.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3