Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kes lelaki campakkan diri ke arah kereta di Woodlands Ring Road

Dec 31, 2018 | 01:38 PM



POLIS sedang menyiasat kejadian di mana seorang lelaki kelihatan mencampakkan dirinya ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak di sepanjang Woodlands Ring Road petang Khamis lalu (27 Dis).



Polis hari ini berkata insiden itu telah diklasifikasikan sebagai kes tindakan terburu-buru.



Rakaman kejadian itu yang diambil daripada kamera papan pemuka kereta terbabit telah dimuat naik ke laman Facebook Roads.sg.



Kapsyen video itu menyifatkan insiden tersebut sebagai sebuah “penipuan kemalangan”.



Orang yang menghantar video itu, dikenali hanya sebagai Cik Ang, menulis: “ Saya mahu memberi amaran kepada pemandu lain yang mungkin menemui penipu serupa di Singapura.



“Lelaki ini berlari ke arah kereta saya dan mencampakkan dirinya ke cermin depan kereta saya. Saya terkejut dan terpaku di tempat duduk saya.”



Beliau menambah yang lelaki itu kemudian berdiri dan melarikan diri apabila beliau menelefon polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >