Polis siasat kiriman Facebook "menyakitkan hati orang Islam, Kristian", Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Polis siasat kiriman Facebook "menyakitkan hati orang Islam, Kristian"

Mar 20, 2020 | 06:13 PM

POLIS sedang menyaisat satu kiriman Facebook yang menyarankan agar kitab Injil dan Al-Quran digunakan sebagai alternatif sekiranya terdapat kekurangan kertas tandas.

Facebook, atas permintaan polis dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), telah menghalang akses ke kiriman yang dibuat oleh laman Facebook "NUS Atheist Society" itu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dalam satu kiriman di Facebook pada Jumaat (20 Mac).

"Kami memandang serius kenyataan seperti ini. (Ia) menyakitkan hati orang Islam, Kristian," tulis Encik Shanmugam.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata kiriman itu telah menerima banyak aduan.

"(Polis) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mengambil bahagian dalam perbincangan dalam talian, dan tidak mengirim kata-kata yang boleh menjejas pertahanan keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Ucapan kebencian dalam talian mengenai kaum dan agama tidak mempunyai tempat di Singapura," kata MHA.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map