Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Polis siasat laman sosio-politik The Online Citizen berhubung kesalahan jenayah memfitnah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Polis siasat laman sosio-politik The Online Citizen berhubung kesalahan jenayah memfitnah

Nov 21, 2018 | 02:30 PM

Polis sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) dan salah seorang penulisnya kerana disyaki melakukan kesalahan jenayah memfitnah, berhubung artikelnya baru-baru yang memuatkan komen oleh Anggota Parlimen Encik Seah Kian Peng.

Jurucakap Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan, memberitahu The Straits Times bahawa ia telah membuat laporan polis.

“IMDA telah membuat laporan polis kerana artikel The Online Citizen “The take away from Seah Kian Ping’s Facebook post’ mengajukan dakwaan serius yang mengurangkan keyakinan awam tentang integriti pemerintah,” kata jurucakap itu.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap polis berkata pada Selasa (20 November) bahawa satu laporan telah dibuat ke atas TOC dan penulis artikel “The take away from Seah Kian Ping's Facebook post".

Artikel itu, yang menggunakan tajuk yang mengejak nama Encik Seah dengan salah, diterbitkan pada 4 September, dan penulisnya diberi nama Wily Sum.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3