POLIS sedang menyiasat mereka yang melepaskan bunga api di Jurong West pada malam Ahad (27 Oktober).
Walaupun tiada kecederaan yang dilaporkan sewaktu kejadian itu yang berlaku di Jurong West St 73, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sebanyak dua tahun, dan didenda antara $2,000 dan $10,000 atau kedua-duanya sekali, kata polis semalam (28 Oktober).
Dalam video yang dimuatnaikkan ke Facebook All Singapore Stuff, kelihatan percikan bunga api yang dilepaskan di antara dua blok HDB, lapore The Straits Times (ST).
Bunga api itu mencecah setinggi flat 12 tingkat yang berdekatan.
Dalam lagi satu video, terlihat bunga api yang dilepaskan dari kawasan terbuka, namun masih belum pasti sama ada itu kejadian yang sama ataupun tidak.
Polis memberi amaran kepada awam bahawa untuk memiliki, menjual, menghantar, mengedar atau mengimport barangan bunga api berbahaya adalah satu kesalahan.