Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat New Naratif kerana siar iklan pilihan raya berbayar secara tidak sah

Sep 18, 2020 | 04:05 PM



PENOLONG Pegawai Pilihan Raya telah membuat laporan polis terhadap laman sosio-politik New Naratif kerana menerbitkan iklan berbayar yang sekali gus merupakan satu aktiviti pilihan raya yang tidak sah, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD).


Dalam satu kenyataan pada Jumaat (18 September), ELD berkata Penolong  Pegawai Pilihan Raya telah mengeluarkan notis kepada Facebook pada 3, 7 dan 8 Julai, iaitu semasa tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum 2020, untuk menurunkan lima iklan berbayar tanpa izin yang diterbitkan di wadahnya oleh New Naratif.


ELD berkata iklan itu sekali gus merupakan satu kegiatan pilihan raya, yang dijelaskan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA) sebagai sebarang kegiatan yang dilakukan bagi tujuan mempromosi atau memperolehi kejayaan pemilihan di mana-mana pilihan raya bagi satu atau lebih parti politik, calon atau kumpulan calon yang dikenal pasti; atau menjejas prospek pemilihan parti politik, calon atau kumpulan calon lain di pilihan raya. 


"New Naratif mahupun wakil atau ejennya tidak diberi kuasa oleh sebarang calon atau ejen pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum ini untuk menjalankan kegiatan pilihan raya," kata ELD.


Menjalankan kegiatan pilihan raya tanpa izin oleh calon atau ejen pilihan rayanya dari permulaan tempoh kempen adalah satu kesalahan dan sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda hingga $2,000 atau dipenjara hingga 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >