Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat percubaan rompakan melibatkan pemandu teksi

Feb 21, 2020 | 07:18 PM



POLIS sedang menyiasat satu percubaan rompakan di Hougang pada pagi Khamis (20 Februari) apabila seorang pemandu teksi didakwa dicekik dan ditumbuk oleh perompak itu.


Polis pada Jumaat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai percubaan rompakan itu pada 4.58 pagi Khamis, dan lelaki berusia 54 tahun itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang dari Hougang Avenue 6.


Pengguna Facebook Muhd Taufiq, yang mengaku sebagai anak pemandu teksi tersebut, berkata dalam satu kiriman Facebook pada Khamis bahawa bapanya diserang oleh seorang lelaki berusia 30-an tahun.


Bapanya mengambil penumpang itu di Pusat Pertukaran Bas Hougang Central tetapi diberi arahan "mendadak" untuk berhenti di sebuah perhentian bas.


Penumpang itu dituduh mencekik bapanya dari belakang kerusi pemandu dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.


Bapanya mengalami keretakan di hidung dan tulang rusuk dan sedang dirawat di hospital, kata Encik Taufiq.


Beliau merayu kepada saksi kejadian itu agar tampil membantu polis dengan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >