Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat pergaduhan di restoran McDonald

Aug 21, 2015 | 11:40 AM



POLIS sedang menyiasat satu pergaduhan di restoran McDonald di Kelab Masyarakat Jurong Spring di Jurong West petang Rabu lalu.


Pergaduhan antara dua lelaki itu nampaknya bermula selepas seorang daripada mereka melemparkan kata-kata hina - termasuk bersifat perkauman - terhadap yang seorang lagi, yang pada mulanya beredar pergi tetapi kembali semula dan menumbuknya.


Kejadian itu dirakam dalam satu klip video yang disiar di Facebook dan dikongsi di laman web kewartawanan warga Stomp.


Video itu bermula dengan seorang lelaki berkemeja-T putih dan membawa beg hitam menjerit pada seorang lelaki berbaju coklat.


Apabila lelaki kedua berpaling daripadanya, lelaki pertama menjerit: "Jangan pergi, kembali ke sini."


Beliau kemudian mengecam pula teman wanita lelaki itu, yang nampaknya sedang menunggu di kaunter.


Lelaki kedua kemudian kembali dan menumbuknya di muka, sambil memberitahunya supaya diam.


Dua lelaki itu kemudian bertumbukan, sedang wanita tersebut cuba tetapi tidak berjaya memisahkan mereka.


Pelanggan lain kelihatan tidak sedar tentang kekecohan itu, walaupun seorang daripada mereka cuba memisahkan dua lelaki tersebut semasa pergaduhan itu reda.


Dua lelaki itu dan wanita tersebut kemudian meninggalkan restoran itu.


Video itu dipercayai dirakam oleh seorang penunggang di restoran tersebut.


Polis berkata semalam ia dimaklumkan tentang pergaduhan itu pada kira-kira 7.45 malam Rabu dan sedang menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >