Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat remaja bakar sofa di lobi lif HDB di Pasir Ris

May 26, 2019 | 02:02 PM



SEORANG remaja sedang disiasat polis kerana dipercayai membakar sofa yang ditinggalkan di lobi lif blok HDB di Pasir Ris.



Dalam kenyataannya pada Ahad (26 Mei), polis berkata remaja lelaki berusia 15 tahun itu disyaki terlibat dalam kes melakukan perbuatan nakal menggunakan api.



Pada Jumaat ( 24 Mei) polis diberitahu tentang kebakaran di lobi lif di tingkat tujuh Blok 560 Pasir Ris Street 51.



Tiada sesiapa yang tercedera.



Selepas menyiasat, pegawai polis dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti remaja itu.



Siasatan awal menunjukkan remaja itu membakar sofa di lobi lif itu.



Polis masih menyiasat insiden itu.



Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan api dengan hasrat merosakkan harta benda boleh dipenjara sehingga tujuh tahun. Dia juga boleh disaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >