Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Polis siasat sekolah agama tidak berdaftar, Muis arah ia ditutup

Kerah guru agama tidak bertauliah bawah ARS
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat sebuah sekolah agama tidak berdaftar yang mengerahkan guru agama yang tidak bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Menerusi satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata mereka telah mengenakan arahan penutupan terhadap Encik Osman Sarkam, yang kini merupakan pemilik FR Quran Centre (FRQC) di 37 Onan Road.



Pengasas FRQC ialah Encik Fahrorazi Sohoi.



Menurut Muis, arahan penutupan itu dikenakan bagi mengendali sekolah agama yang tidak berdaftar dan mengerahkan Encik Fahrorazi mengajar di FRQC sedangkan dia tidak bertauliah di bawah ARS.



Muis telah membuat laporan polis dan polis sedang menyiasat.



Di bawah undang-undang, seseorang individu tidak boleh mengendali sekolah agama Muslim kecuali ia didaftar oleh Muis.



Adalah satu kesalahan sekiranya individu itu gagal mematuhi syarat tersebut.



"Masyarakat Muslim harus mendapatkan ajaran dan bimbingan agama hanya daripada guru yang bertauliah di bawah ARS dan dari sekolah agama yang didaftar di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla)," kata Muis.



ARS menjadi mandatori mulai 1 Januari 2017 untuk mengekalkan piawaian tinggi yang dijangkakan daripada guru agama dalam sektor pendidikan Islam dan untuk memastikan masyarakat Muslim menerima ajaran dan bimbingan agama sejajar dengan keperluan dan konteks Singapura.



Kelmarin, Encik Fahrorazi didenda $2,000 kerana mengadakan perhimpunan awam tanpa permit. Denda tersebut sudah dilunaskan.



Beliau telah mengadakan acara Maulidur Rasul 1440H lebih dua tahun lalu di auditorium Bangunan Putian Singapura, yang terletak di Nombor 25, Lorong 33 Geylang.



Acara itu dianjurkan pada 11 November 2018 dan disertai seramai 400 orang.



Di bawah Akta Ketenteraman Awam, permit diperlukan bagi perhimpunan sedemikian di mana orang awam dibenarkan untuk menghadirinya.




“Masyarakat Muslim harus mendapatkan ajaran dan bimbingan agama hanya daripada guru yang bertauliah di bawah ARS dan dari sekolah agama yang didaftar di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla).”
– Kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >