Polis siasat video viral sekumpulan budak pukul seorang budak lelaki, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Polis siasat video viral sekumpulan budak pukul seorang budak lelaki

Nov 11, 2016 | 11:34 AM

POLIS sedang menyiasat sebuah video pergaduhan budak lelaki yang tersebar luas di media sosial.

Jurucakap polis mengesahkan pada Jumaat (11 Nov) bahawa laporan polis dibuat mengenai kejadian itu, tetapi tiada sesiapa ditangkap setakat ini.

Difahamkan satu laporan polis dibuat pada Ahad (6 Nov).

Pengguna Facebook Bhai Hafiz Angullia memuat naik pos video pada Khamis (10 Nov) malam sekumpulan budak lelaki memukul seorang budak lelaki di sebuah tangga.

Budak yang dipukul itu dilihat meromok dan tidak membalas.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video itu, bertajuk 'Katakan tidak kepada pembuli!!', telah dikongsi lebih 28,000 kali. Pos itu mendapat 775,000 lihat dan menarik lebih 3,000 komen hingga 11 pagi Jumaat. Banyak netizen melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap perangai ganas kumpulan itu.

Seorang budak lelaki dalam video itu memakai singlet putih Saints, walaupun tidak jelas apakah dia dari Sekolah Menengah St Andrew.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map