Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat wanita disyaki terlibat dalam kes tipu wang di Facebook

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan di Facebook melibatkan wang milik empat orang.



Polis semalam berkata wanita berusia 26 tahun itu ditangkap pada Selasa lalu selepas seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa beliau ditipu memindahkan $300 ke akaun bank yang diberikan kepadanya.



Beliau telah menerima mesej di Facebook dari bekas rakan kerja yang memohon bantuan kewangan.



Terpedaya, beliau memindahkan wang itu ke akaun bank yang diberikan.



Namun beliau sedar telah ditipu selepas bekas rakan kerja itu memberitahunya akaun media sosial miliknya telah dicerobohi.



Wanita itu dipercayai telah menggunakan muslihat yang sama untuk menipu tiga lagi orang.



Polis berkata jenayah itu dikesan melalui siasatan awal yang dijalankannya.



Di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah, kesalahan menipu diiringi denda dan hukuman penjara sehingga 10 tahun.



Pihak awam dinasihati polis supaya jangan memberikan butiran peribadi, termasuk akaun bank kepada sesiapa.



Mereka juga harus memeriksa dengan lebih teliti kesahihan sebarang akaun media sosial yang mencurigakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >