Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Polis: Sumber besar diperuntuk siasat dakwaan Raeesah Khan

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



SUMBER yang banyak telah diperuntuk menyiasat dakwaan bekas Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan di parlimen berhubung dakwaan kes serangan seksual, kata polis.



Menurut polis, pegawainya telah memeriksa rekod sebanyak dua kali, termasuk semua rekod pelawat ke semua balai polis di Singapura sejak 1 Januari 2017.



Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti kunjungan ke balai polis sebagaimana yang didakwa oleh Cik Raeesah, kata polis dalam kenyataannya yang dikongsi dengan media lewat malam kelmarin.



Dalam ucapan yang disampaikan di parlimen pada 3 Ogos lalu, Cik Raeesah berkata beliau pernah menemani mangsa serangan seksual ke sebuah balai polis, tetapi mangsa itu keluar dari balai itu dan menangis selepas ditanya oleh polis mengenai pakaiannya dan sama ada beliau telah minum minuman keras.



Sejak itu, Cik Raeesah mengaku berbohong mengenai kes tersebut dan mengaku beliau tidak menemani mangsa ke balai polis tersebut.



Jumaat lalu, ketua Parti Pekerja, Encik Pritam Singh (gambar sisipan), yang juga Ketua Pembangkang, berkata beliau menganggap kenyataan palsu yang dikongsi oleh Cik Raeesah tidak memberi kesan kepada polis, semasa memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).



Beliau juga mempersoal jumlah kerja yang dilakukan polis untuk menyiasat dakwaan itu.



Dalam kenyataannya polis berkata:



"Sumber banyak telah diperuntuk bagi menyiasat (kenyataan itu), kerana ia adalah kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen di Parlimen, dan dianggap serius dan tanpa dipersoalkan."



Polis berkata pegawainya turut mempertimbangkan kemungkinan Cik Raeesah telah menemani mangsa, tanpa memasuki balai polis.



Justeru, polis telah meneliti lebih 1,400 kes serangan seksual dan yang berhubung perkara itu dari 2018 hingga 2021, sebelum menyunting senarai kepada sekumpulan kes yang dianggap serupa dengan gambaran yang diberikan Cik Raeesah di Parlimen.



Polis berkata: "Pegawai yang menyiasat kes-kes ini, kesemuanya diminta memeriksa rekod siasatan mereka secara teliti. Butiran lain juga diperiksa dengan pegawai-pegawai tersebut.



"Pegawai polis juga memeriksa semua maklum balas yang diterima dari orang awam pada 2018, berkaitan serangan seksual, tetapi tidak dapat mengaitkan sebarang maklum balas kepada kes yang disebut oleh Cik Raeesah."



Polis berkata ia telah memperuntuk sumber yang penting untuk menyiasat dakwaan Cik Raeesah dan ramai pegawai polis terlibat dalam siasatan ke atas dakwaan palsu itu.



Menambah, polis berkata kesan daripada kenyataan palsu itu bukan sahaja boleh dikira melalui masa kerja yang hilang.



"Malah ada juga kes dan perkara lain yang turut tergendala, yang mendatangkan kesan ke atas pihak awam, kerana kes-kes tersebut boleh ditangani dengan lebih cepat jika masa dan sumber tidak dibazirkan untuk menyiasat insiden yang tidak pernah berlaku."



Menurut laporan khas COP Ahad lalu, Encik Pritam berkata Cik Raeesah tidak dapat memberi bukti bagi dakwaannya itu.



Encik Pritam juga tidak bersetuju kenyataan palsu itu mengganggu kerja polis secara ketara.



Encik Pritam berkata:



"... saya sejujurnya percaya jika anda bercakap kepada sebarang pegawai polis kanan yang berwibawa, beliau akan beritahu anda dalam sebarang siasatan, ada sebilangan keadaan di mana beberapa soalan tertentu yang diajukan kepada saksi merupakan soalan yang kurang selesa bagi orang itu."



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang merupakan anggota COP, berkata satu kesalahan telah dilakukan terhadap polis kerana masa tiga bulan telah dibazirkan oleh polis untuk mengenal pasti kes yang disebut oleh Cik Raeesah itu.



Encik Pritam tidak bersetuju dengan hujah Encik Tong itu.



Selanjutnya, Encik Pritam berkata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, telah menyatakan dalam sidang parlimen yang sama bahawa polis tidak dapat mencari kes serupa yang diutarakan Cik Raeesah.



"Jadi, apakah kerja yang dilakukan (polis)? Saya tidak tahu. Saya tidak menyatakan tidak ada kerja dijalankan, tentunya ada kerja yang dilakukan dan dilakukan untuk memeriksanya," kata Encik Pritam.



Apabila Encik Tong menyarankan polis perlu meneliti semua kes untuk membuat pemeriksaan sejak dakwaan serius itu dilakukan di Parlimen, Encik Pritam berkata:



"Saya tidak yakin saya mendengarnya dari polis. Saya tidak mendengar mana-mana bahawa mereka telah memeriksa semua kes."



Dalam kenyataannya, polis berkata keyakinan awam terhadap pasukan polis adalah sebahagian penting keupayaan polis melaksanakan tugas dengan berkesan, untuk memastikan keselamatan awam di sini.



Polis berkhidmat kepada pihak awam dan jika pihak awam tidak menyakini polis, adalah sukar bagi pihak polis mendapatkan kerjasama pihak awam, yang selalunya begitu kritikal untuk mencegah dan mengenal pasti jenayah dan insiden keselamatan.



Tuduhan palsu ke atas polis mendatangkan kesan pada keyakinan mangsa dan keyakinan pada polis dan ini boleh menghambat mangsa daripada tampil memohon bantuan.



"Justeru, polis menganggap semua dakwaan ke atas sikap profesionalnya secara serius. Apabila dakwaan dibuat, kami akan menyiasat dengan teliti dan jika ia benar, akan mengambil langkah memperbetulkan kesilapan dan mengehadkan kemungkinan ia berulang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >