Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tangkap lelaki 29 tahun kerana kes gangguan tailong

Nov 14, 2020 | 08:58 PM



Polis telah menangkap seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes gangguan tailong.



Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (14 November), pihak polis telah dimaklumkan mengenai satu kes gangguan di Bedok Reservoir Road, pada Rabu (11 November),  sekitar 4.35 pagi. 



Dalam kes itu, pintu sebuah unit rumah disembur dengan cat dan satu nota untuk membayar hutang juga dilekatkan, menurut kenyataan itu. 



Melalui siasatan dan dengan bantuan gambar daripada kamera polis, pegawai dari Divisyen Polis Bedok telah mengesahkan identiti lelaki itu dan menangkapnya pada 13 November.



Para pegawai juga merampas satu telefon bimbit, satu tin penyembur dan satu pena marker biru.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Ahad (15 November), di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Edisi Disemak 2010). 



Pesalah kali pertama bagi gangguan tailong boleh didenda di antara $5,000 dengan $50,000 serta hukuman penjara hingga lima tahun dan disebat sehingga 6 kali .



“Polis tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap aktiviti gangguan tailong. 



“Mereka yang sengaja merosakkan harta benda dan menyebabkan gangguan ke atas keselamatan dan keamanan masyarakat akan ditangkap dan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang,” ujar kenyataan polis. 



Masyarakat am juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada  tailong dan tidak bekerja atau membantu mereka dalam apa cara pun. 



Orang ramai boleh hubungi polis di talian 999 atau talian khas tailong X-Ah Long di 1800 924 5664,  jika mengesyaki atau mengetahui sesiapa yang terlibat dalam kegiatan tailong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >