Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Polis tangkap lelaki yang ketuk kenderaan guna tukul di Bedok North

Nov 28, 2019 | 11:33 AM

SEORANG lelaki berusia 66 tahun yang mengetuk kenderaan yang mendatang menggunakan tukul di tengah-tengah jalan raya di Bedok North Road telah ditangkap polis semalam (Rabu, 27 Nov).
Dalam video sepanjang dua minit yang dimuat naik di Facebook District Singapore, lelaki berkaki ayam itu kelihatan berdiri di tengah-tengah jalan raya sambil memegang tukul.
Dia mengetuk lori yang memandu lalu sebelum seorang pegawai polis menyergahnya dari belakang.
Pegawai tersebut kemudian mengambil tukul itu sementara pegawai lain dan dua lelaki membantu menahannya.
Lelaki itu kemudian diangkat ke laluan pejalan kaki berdekatan jalan raya itu.
Menurut The Straits Times, polis berkata mereka diberitahu tentang kejadian tersebut pada sekitar 4 petang.
Lelaki yang ditangkap itu dipercayai kurang siuman.
Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian