Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Polis tangkap pencuri wang penjual tisu buta di Yishun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Polis tangkap pencuri wang penjual tisu buta di Yishun

May 09, 2019 | 11:00 AM

 

 

POLIS telah menangkap seorang perempuan berusia 64 tahun yang didakwa mencuri hasil jualan seorang penjual tisu buta di jalan bawah tanah berhampiran stesen MRT Yishun.

Pengguna Facebook Cik Jessica Vincent menerbitkan gambar penjual tisu dan orang yang didakwa mencuri di laman Facebook peribadi pada 1 Mei.

Dalam pos itu, Cik Vincent berkata penjual tisu yang berkata beliau buta itu telah dirompak sekitar 7.20 malam pada hari sebelumnya.

Menurut Cik Vincent, penjual tisu itu menjerit meminta tolong dan seorang wanita  lain mengejar pencuri tetapi gagal mengadangnya daripada melarikan diri. 

Cik Vincent berkata beliau akan melaporkan perkara itu kepada polis.

“Wanita buta malang itu telah duduk di sana sepanjang hari…  mengapakah ada orang, walau seberapa miskin pun, sanggup berbuat demikian?” kata beliau. 

Pada Khamis (9 Mei) polis berkata ia telah menerima laporan tentang insiden itu sekitar 3 petang pada 2 Mei.

Selepas menyiasat, pegawai dari Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti wanita itu dan menangkapnya di kawasan Woodlands Street 12 pada Rabu.

Jika didapati bersalah mencuri, wanita itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kededuanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3