Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Tiada diskriminasi ke atas pegawai yang hamil

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



POLIS berkata ia tidak menghukum pegawai yang hamil dan mengambil pendirian tegas terhadap diskriminasi di tempat kerja.



Demikian merupakan respons kepada bekas pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF), Cik Reema Abdullah, yang dikenali sebagai Reema Razif di laman Facebook baru-baru ini.



Dalam catatan di laman Facebook yang menjadi tular itu, Cik Reema mengatakan beliau diberitahu bahawa penilaian prestasinya terjejas oleh kehamilannya dan dinasihatkan agar melakukan projek semasa cuti bersalin.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPF kelmarin, ia berkata: "SPF tidak menghukum pegawai yang hamil, dan sebaliknya, menyediakan aturan kerja alternatif bagi memastikan kesejahteraan mereka dijaga.



"Semasa empat kehamilan Reema antara 2016 dengan 2021, beliau diberi tugasan ringan yang kebanyakannya terikat dengan kerja pejabat. Reema tidak diminta bekerja semasa beliau sedang bercuti bersalin yang bergaji."



SPF turut berkata ia mengambil pendirian tegas terhadap amalan diskriminasi di tempat kerja.



"Terdapat ruang bagi pegawai SPF untuk mengemukakan aduan mengenai diskriminasi di tempat kerja kepada unit Komander mereka, Ibu Pejabat Polis (HQ) atau Ibu Pejabat Kementerian, dan aduan tersebut diambil kira secara serius," tambah SPF.



Dihubungi oleh Berita Harian (BH) setelah kenyataan SPF dikeluarkan, Cik Reema, 32 tahun menjelaskan bahawa beliau telah berkhidmat bersama SPF sebagai Koperal pada 2011 sebelum meletak jawatannya sebagai seorang Sarjan pada 2 Mei lalu.



Mengulas perasaannya meninggalkan jawatannya setelah berkhidmat bersama SPF selama 11 tahun, ibu kepada empat anak kecil itu berkata beliau tidak menyesal kerana menikmati setiap perkara yang dilaluinya.



Namun, dalam satu catatan di laman Facebook baru-baru ini, Cik Reema berkata detik-detik manis itu tidak mencukupi.



Katanya, beliau diberitahu bahawa penilaian prestasinya diturunkan kerana beliau hamil dan dinasihat untuk melakukan beberapa projek semasa percutian hamil - bukan sesuatu yang beliau dapat lakukan dengan perasaan ghairah.



"Kami mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi seperti mengekalkan kecergasan dan ini adalah sesuatu yang sudah dimaklumkan kepada kami.



"Jadi saya tahu bahawa apabila saya mengandung, ia akan menghalang keupayaan saya memenuhi banyak keperluan tersebut.



"Saya tidak menjangkakan peningkatan dalam gred saya, tetapi saya juga tidak menjangka gred saya menurun dan hanya diberitahu bahawa ini kerana anda hamil," jelasnya kepada BH.



Cik Reema sebelum ini dinaikkan pangkat sekali dalam kerjayanya untuk menjadi sarjan pada 2015.



Sekitar 2019, gred prestasi tahunannya telah menurun daripada B kepada C, yang beliau rasa ia tidak menggambarkan kerja yang telah dilakukannya.



Ketika Cik Reema terikat dengan kerja pejabat, beliau ditugaskan bekerja di kaunter Pusat Polis Kejiranan (NPC) yang kadangkala mencabar baginya.



"Saya tidak mencari simpati di sini, saya cuba memberi gambaran tentang jenis pekerja saya kerana ramai yang mempunyai tanggapan salah bahawa tugas ringan bermakna ia tugasan yang santai," ujarnya lagi semasa dihubungi.



Menerima mesej daripada orang ramai daripada wadah media sosial, suri rumah itu berkata beliau berharap orang ramai dapat terus berempati kepada pegawai yang hamil.



"Bukan mudah untuk bersuara kerana akan sentiasa ada 'keyboard warrior' di luar sana. Ada juga yang tidak bersetuju atau mempunyai pendapat yang berbeza.



"Jadi saya hanya berharap mereka tidak akan kejam atau keras," tambah beliau.




"Terdapat ruang bagi pegawai SPF untuk mengemukakan aduan mengenai diskriminasi di tempat kerja kepada unit Komander mereka, Ibu Pejabat Polis (HQ) atau Ibu Pejabat Kementerian, dan aduan tersebut diambil kira secara serius."
- Kenyataan Pasukan Polis Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >