Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tingkat kesedaran jenayah di tengah Covid-19 bagi lawan penipuan

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah semasa tempoh pandemik Covid-19 ini, memandangkan penipu terus memperdaya mangsa yang tidak menyedarinya, kata Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis Zed Teo.



Penipu sedemikian telah berpindah ke laman perdagangan elektronik, atau e-dagang, dan menyamar sebagai penjual pelitup dan sanitiser tangan, kata beliau.



"Banyak kegiatan telah berpindah dari dunia fizikal ke alam maya, dan jenayah tidak terkecuali.



"Dengan penjenayah mengubah cara mereka melakukan janayah, polis juga harus mengubah strategi untuk menangani penipuan dalam talian yang bertambah," kata AC Teo kepada wartawan.



Beliau berkata kes penipuan bertambah tahun lalu, membentuk 42 peratus daripda keseluruhan jenayah pada 2020. Ini berbanding dengan 27.2 peratus pada 2019.



AC Teo berkata selain melawan jenayah, pegawai polis juga menyokong operasi Covid-19, seperti di dormitori pekerja migran.



"Seperti pekerja barisan depan lain, pegawai kami juga bergelut dengan kebimbangan tentang risiko jangkitan yang dialami mereka. Namun, mereka bangkit untuk menyahut cabaran ini dan memberi respons kepada amanah yang dipertanggungjawabkan," kata beliau.



AC Teo, yang juga komander Divisyen Polis Ang Mo Kio, berkata divisyen tersebut antara lain telah mendekati masyarakat menerusi dalam talian.



Ini dilakukan menggunakan pautan video serta akuan Instagram dan Facebook.



Ia juga bekerjasama dengan Khidmat Bersepadu Pave bagi Pusat Perlindungan Individu dan Keluarga untuk menerbitkan buku bergambar pendidikan berjudul A Day With Bob (Sehari bersama Bob), yang bertujuan menggalak kanak-kanak tampil melaporkan keganasan dalam keluarga.



Semalam, divisyen itu diberi Anugerah Divisyen Darat Terbaik sempena Hari Polis.



Menulis di Facebook untuk mengucap Selamat Hari Polis, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pihak awam di sini mempunyai keyakinan tinggi terhadap Pasukan Polis Singapura, antaranya hasil usaha polis yang berdisiplin dan berkesan, serta dalam memupuk hubungan rapat dalam masyarakat. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >