Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tingkat usaha lindungi golongan rentan, mangsa jenayah seksual dan keganasan keluarga: Shanmugam

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



POLIS akan menjalankan lebih banyak usaha untuk melindungi golongan rentan, termasuk mengambil pendekatan lebih menyeluruh dan dikhususkan kepada mangsa dalam menguruskan mangsa jenayah seksual, keganasan dalam keluarga, dan individu yang berisiko membunuh diri.



Dalam kenyataannya semalam, polis berkata meskipun misi mereka adalah untuk mencegah, menghalang dan mengenal pasti jenayah, mereka juga sedar faktor yang mempengaruhi tingkah laku jenayah mempunyai pelbagai rupa dan memerlukan campur tangan selain penguatkuasaan undang-undang.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata kes jenayah seksual kian meningkat dan polis akan menjalankan lebih banyak usaha untuk mengendali kes keganasan dalam keluarga.



Bilangan kes keganasan dalam keluarga yang disiasat oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga naik 13 peratus, daripada 1,310 kes pada 2019 kepada 1,480 kes pada 2020.



Encik Shanmugam berkata demikian dalam satu ucapan yang dirakam lebih awal sempena sebuah Seminar Pelan Kerja Polis semalam.



Usaha terbaru itu merupakan satu langkah berlainan yang ketara berbanding tahun-tahun lalu, yang mana acara tahunan tersebut difokus kepada peningkatan teknologi dan senjata baru.



Untuk menawarkan sokongan kepada mangsa, polis akan bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial, kata Encik Shanmugam.



Beliau juga akur, pesalah mungkin menghadapi keadaan yang rumit serta masalah sosial dan ekonomi yang menyumbang kepada tingkah laku mereka.



Di bawah inisiatif seperti Skim Rujukan dan Bantuan Masyarakat Home Team atau HT Cares, pekerja sosial akan dilibatkan selepas campur tangan polis, untuk mengenal pasti isu sosial dan ekonomi yang menjadi penyebab kepada perbuatan salah mereka.



Encik Shanmugam memberi contoh seorang lelaki yang melanggar perintah perlindungan peribadi yang dikenakan terhadapnya oleh isterinya pada Februari 2020.



"Dia menghadapi isu rumah tangga, namun mempunyai sokongan sosial yang berkurangan... dan hidup bersendirian. Dengan bantuan oleh pekerja sosial dan sokongan oleh pendamping yang mencukupi, dia dapat pulih dengan lebih baik dan tidak melanggar perintah perlindungan peribadi sejak itu," kata Encik Shanmugam.



Beliau turut melakarkan tiga inisiatif yang akan dilaksanakan polis untuk melindungi golongan rentan iaitu usaha sama, latihan dan menyemak semula penyusunan sumber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >