Polis Trafik perkenal kamera laser baru di 44 tempat
May 20, 2016 | 05:30 AM
POLIS Trafik telah memperkenal kamera laser dinamakan Police Speed Laser Camera (PSLC) berteknologi baru yang dapat mengesan kenderaan yang dipandu melebihi had laju dengan lebih berkesan bagi membendung perbuatan pemandu yang tidak bertanggungjawab di jalan raya.
Langkah itu juga bertujuan meningkatkan usaha penguatkuasaan Polis Trafik di kawasan yang sering berlaku kesalahan memandu laju.