Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis Trafik tinjau perkenal langkah keselamatan, 'tenangkan' jalanan di Tanjong Pagar susuli nahas

Feb 14, 2021 | 11:04 PM



POLIS Trafik sedang meninjau keadaan di Tanjong Pagar menyusuli kejadian rempuhan kereta di rumah kedai yang menyebabkan lima lelaki maut.



Menjawab soalan The Straits Times, polis trafik berkata mereka akan meneroka usaha mengenakan operasi penguatkuasaan lanjutan di daerah itu serta mengenalkan langkah menenangkan jalanan di situ.



Ini melibatkan langkah memperlahankan trafik termasuk penggunaan bonggol jalanan dan garisan strip pengawal kelajuan.



Kemalangan pada pagi Sabtu (13 Februari) - hari kedua Tahun Baru Cina itu - melibatkan sebuah kereta BMW merempuh rumah kedai yang kosong sekitar Tanjong Pagar Road sebelum meledak dalam api yang membahang, membunuh lima nyawa dalam kereta tersebut.



Ini adalah kes kemalangan dengan bilangan orang terbanyak terbunuh dalam sesebuah kes kemalangan trafik sepanjang sedekad lalu.



Polis Trafik juga akur operasi penguatkuasaan ini dipertingkat dalam musim perayaan, "konsisten seperti tahun-tahun sudah", walaupun bilangan operasi sebegini tidak didedahkan.



Pada Januari lalu, 550 kes melanggar undang-undang trafik dilaporkan termasuk tujuh kemalangan yang menyebabkan kematian. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >