Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tumpaskan kumpulan jenayah tersusun, 66 diberkaskan dalam serbuan serata Singapura

Oct 25, 2018 | 02:22 PM



POLIS telah menumpaskan sebuah kumpulan jenayah tersusun dan memberkas 66 orang dalam serbuan serentak di serata Singapura semalam (24 Oktober).



61 lelaki dan lima wanita itu, berusia antara 17 dengan 63 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan geng, mengendalikan sarang perjudian haram dan kegiatan jenayah lain, kata polis malam tadi.



Pegawai menyerbu 10 lokasi dan merampas wang tunai berjumlah $428,720, barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan peralatan berjudi.



Akaun bank milik suspek juga dibekukan oleh polis bagi menghalang sebarang perbelanjaan hasil jenayah, katanya.



Lokasi serbuan termasuk Geylang, Sengkang, Bedok dan Ang Mo Kio.



Siasatan ke atas semua suspek sedang diteruskan bagi kesalahan di bawah Akta Jenayah Tersusun 2015, Akta Rumah Perjudian Terbuka dan Akta Pertubuhan.



Jika didapati bersalah, suspek boleh didenda sehingga $100,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >