Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Ngee Ann akan memecat pensyarah yang keluarkan kata-kata perkauman disebabkan salah laku serius

Jun 17, 2021 | 12:25 PM



POLITEKNIK Ngee Ann (NP) sedang dalam proses untuk memecat pensyarah kanan Tan Boon Lee.



Ini setelah sebuah video tular yang menunjukkan Encik Tan melontar kata-kata berbaur perkauman terhadap satu pasangan berlainan bangsa di Orchard Road baru-baru ini. Ini diikuti dengan sebuah pos di Instagram oleh bekas pelajarnya Cik Nurul Fatimah Iskandar, yang mendakwa bahawa Encik Tan telah membuka perbincangan tentang Islam dalam kelasnya sambil berkata beliau tidak bersetuju dengan beberapa ajaran agama itu.



Dalam kenyataannya, NP berkata ia membuat keputusan itu setelah selesai membuat siasatan dalaman berhubung kedua-dua kejadian itu dan telah mendakwa Encik Tan di atas kesalahan gagal mematuhi kod peri laku kakitangan.



"Anggota kakitangan kami perlu menghormati perbezaan budaya, ethnik dan agama dalam masyarakat. Mereka perlu memegang kepada sikap sekular dan tidak memihak sepanjang masa...tindakan disiplin dikenakan terhadap kakitangan yang dipersoalkan mencerminkan komitmen kami menyediakan sekitaran yang selamat, inklusif dan saling menghormati dalam masyarakat kampus kami,'' ujar kenyataan NP.



Siasatan polis terhadap kedua-dua kejadian itu masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >